Wednesday, July 8, 2009

PILIH 1

Kehidupan yang aku lewati hari ini membuatkan aku berfikir sejenak.. dan aku rase perkara ini perlu aku sampaikan pada teman-temanku yang tersayang. Hari ini baru aku sedar yang sebenarnya aku terlibat dengan dua perkara yang sangat serius. paling serius sampai mampu mempengaruhi masa depan aku.. bayangkan la......macam ni kisahnya.. aku telah ditawarkan untuk menyertai program anjuran pihak UIA, namanya baktisiswa dekat kuala pilah. Bila aku dah confirm nak pergi program ni, beberapa minggu lepas tu aku dimaklumkan ada program anjuran KAED, namanya Graphic Communication Workshop. Kebetulan tarikhnya agak clash. Kekeliruan aku pon bermula... Aku tak tau mana satu nak pegi, lalu aku memutuskan untuk pegi ke bengkel tu untuk 1 hari saje sebab 2 hari seterusnya aku akan mengikuti baktisiswa. Pada masa tu aku fikirkan keputusan aku adalah yang tepat.
Sampai la hari ini iaitu hari bengkel yang pertama... sepanjang program ni, aku berfikir panjang.. perasaan menyesal mula menyelubumi aku... aku sedar aku telah membuat keputusan yang salah.. sepatutnya aku menolak tawaran ke baktisiswa dan menumpukan perhatian pada bengkel tersebut kerana bengkel ni sangat penting.. melibatkan masa depan aku.. sedangkan baktisiswa hanya untuk menambahkan pengalaman aku...
Tapi apa kan daya, yang diatur bukan mudah untuk diubah..aku terpaksa menerima keputusan ini... iaitu melepaskan bengkel tersebut dan terus mengikuti baktisiswa.. Aku kesal dengan keputusan aku sendiri tapi walau apa pon, aku akan teruskan perjuangan aku untuk amanah seterusnya.. Takkanku abaikan amanah yang diberi..
BUAT TEMAN-TEMAN, AKU CUMA NAK BAGITAU, KADANGKALA KITA PERLU MELEPASKAN SESUATU YANG SANGAT BERHARGA DENGAN IKHLAS DEMI MENDAPAT KEREDAAN ALLAH.. AKU YAKIN ALLAH AKAN MEMBERIKAN AKU SESUATU YANG LEBIH BAIK SUATU HARI NANTI KERANA AKU TAHU ALLAH ITU MAHA ADIL.. TEMAN-TEMAN, DOAKAN KEJAYAAN AKU~~~

Tuesday, July 7, 2009

BUAT TEMAN

Hidup ini umpama perjalanan berliku yang penuh misteri.. tiada siapa dapat meramal hidup sendiri..begitu juga aku.. kehidupan yang penuh tanda tanya membuatkan aku sentiasa tertanya-tanya... kadangkala aku takut... sangat takut untuk menempuh hidup ini, namun tiada yang dapat menghalang aku dari meneruskan kehidupan ini.. hanya kuasa Tuhan yang akan mematikan aku suatu hari nanti..jatuh bangun aku teruskan hidup ini.. pahit manis tetap aku telan.. semua mimpi burukku aku kuncikan dalam peti hatiku yang hanya Allah yang tahu isinya.. segala yang manis aku jadikan memori terindah yang aku hiaskan di dalam bingkai disudut hatiku..
Hidup ini sebenarnya tak seindah yang kita bayangkan.. kerana tanpa pegangan yang utuh, kita akan hanyut dibawa arus deras yang tidak mengira siapa kita..wahai sahabatku, peliharalah dirimu dari arus ini.. sediakan pengikat yang seutuhnya agar kau bisa bertahan dalam apa jua dugaan.. kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian sudah tak berguna lagi.. bila nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang boleh merubahnya lagi sekalipon dirimu sudah bertaubat.. pandangan masyarakat tetap sama, dan hal itu... kau tak kan dapat lenyapkan dari fikiranmu.. kerana ia telah berkubu didalam dirimu..menjadi mimpi ngeri yang akan menghantui dirimu..
ingat la temanku... hidup ini hanya sekali.. jangan sia-siakan hidupmu dengan perkara tak berguna...ini bukan sekadar nasihat biasa atau lakonan semata... ini adalah coretan ikhlas dari diriku untuk sesiapa yang sudi menatap ruangan ini..

Real Muslimah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.